Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Kunjungan hormat oleh Yang berbahagia Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif memangku Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah berlangsung pada 02 Mac 2021. Rombongan tersebut turut diiringi oleh dua orang pegawai SESB iaitu Puan Hajah Zunaidah Osman, Setiausaha syarikat I dan Puan Siti Zeliha Musneh, Setiausaha syarikat II ke pejabat rasmi YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di aras 14. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi menerangkan maklumat ringkas berkaitan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berperanan penting dalam menyediakan kemudahan elektrik kepada Negeri Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).